KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula dalam situasi pandemik COVID-19.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata masalah utama dihadapi pengusaha bas ketika ini adalah berkaitan yuran, yang sama ada enggan dibayar penuh oleh ibu bapa atau tidak dibayar langsung.
Beliau berkata lebih 50 peratus ibu bapa tidak mahu membayar yuran perkhidmatan bas sekolah kerana sistem penggiliran yang digunakan Kementerian Pendidikan (KPM) melibatkan kehadiran pelajar ke sekolah, bermula semalam.
Menurut Amali Munif, perkara itu agak membebankan pengusaha bas sekolah kerana hasil kutipan yuran tidak mencapai separuh daripada jumlah sebelum ini untuk menampung kos perkhidmatan tersebut.
"Kita perlu bayar gaji pemandu secara penuh untuk sebulan, ansuran bulanan lagi, pihak pinjaman wang pun dah tanya bila nak bayar. Sekolah baru buka hari ini, mereka dah tanya bila nak bayar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Amali Munif berkata sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan pada Mac lepas, terdapat kira-kira 16,000 bas sekolah beroperasi di seluruh negara namun kini lebih kurang 8,000 sahaja yang kekal beroperasi.
Lebih menyedihkan, menurutnya terdapat juga pengusaha bas yang beroperasi secara haram ketika ini kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi berbanding jika secara berlesen.
"Hal ini kerana sebagai pengusaha bas berlesen kami kena bayar pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom), insurans dan lain-lain menjadikan kos lebih tinggi. Jumlah pengusaha tidak berlesen pula bertambah sebab ramai yang kena berhenti kerja.
"Itu sebabnya sesetengah pengusaha bas menaikkan tambang kerana nak tampung kos, namun sebahagian (pengusaha bas) bukan semua," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan supaya menetapkan pengoperasian bas sekolah sebagai satu perkhidmatan perlu bagi membolehkan golongan itu menjadi antara keutamaan apabila melibatkan pemberian bantuan.
"Dalam Bajet 2022 pun langsung tidak disebut bantuan untuk bas sekolah, itu yang kami kesal," kata Amali Munif.
Pada 24 Dis lepas, KPM mengumumkan tarikh persekolahan penggal 3 bermula 9 Jan bagi kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta 10 Jan bagi kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof berkata ketika ini permintaan untuk perkhidmatan bas sekolah tidak begitu menggalakkan, selain kesukaran membayar kos penyelenggaraan dan memperbaharui insurans.
Katanya, sikap ibu bapa yang masih berkira-kira untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah berikutan sistem penggiliran yang dilaksanakan KPM juga tidak membantu apabila melibatkan pembayaran yuran kepada pengusaha bas.
"Kami bayar insurans, cukai jalan, Puspakom untuk setahun. Mereka (ibu bapa) bayarlah sebulan penuh sebab bagi pengusaha bas sekolah itu sahaja pendapatan mereka kini. Kami juga minta kerajaan supaya beri subsidi diesel pada harga RM1 satu liter untuk bas sekolah sahaja," katanya.
Beliau difahamkan rata-rata tidak sampai 10 murid dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bagi sebuah bas sekolah, menyukarkan lagi mereka untuk terus beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Amali Munif Rahmat membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan bas dalam keadaan baik sebelum membawa pelajar-pelajar sekolah. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.
Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.
Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.
Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan
Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula.
Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar turun dengan selamat.
Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP
Pembukaan sekolah secara berperingkat bermula hari ini di beberapa negeri di Malaysia dianggap sangat penting untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.
Pembukaan sekolah beri sinar baharu pada pengusaha bas dan van
"Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunakan perkhidmatan van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal."